Konflik hakikat berjasad..

kelemahan dari kekurangan keyakinan diri menyebabkan aku masih lagi berkonflik antara kemahuan dan kemampuan.....pada saat lakaran ini dicoret, aku masih lagi binggung untuk menentukan hala tuju dan masa depan sebenar perjalanan periuk nasi yang selama ini memberikan satu kesinambungan nafas pada kadar minimum untuk meneruskan hidup....adakah dengan menggadaikan masa mudaku untuk berada pada zon keselesaan yang selalunya mengundang rasa satu kebanggaan pada orang lain mampu menguji kemampuan akal fikirku untuk membuang egois sebegitu...atau kadang-kala perlukah mensyukuri nikmat dengan menutup kemampuan diri untuk terus menghilangkan kecintaanku pada peringkat tertinggi pengetahuan..atau juga pada kewajaran yang memenuhi kesederhanaan citarasa dan menyandarkan terus kepada lapangan yang memabukkan dengan gabungan sebatian perasaan tentang perasan meletakkan diri teratas berbanding orang lain...dan berterusan menyerlahkan keterbatasan fikiran pada sebuah buku rujukan kewajipan khusus terpandu.....lama kelamaan aku juga mungkin larut dan kalut dengan percaturan hidup yang semakin jauh semakin melalut.....atau kemanusiaanku mudah-mudahan tidak berkonflik dengan pandanganku dari luar pandanganku terhadap diriku- Kelmarin Yang Samar, Masa Depan Yang Pijar-Izo

Comments