Imaginasi terlarang...fantasi terbuang
Pada waktu petang saat ceritera ini dilakar, maka di suatu negeri
yang tidak diketahui asal usulnya, Putera Norodom Puspa Jakel (bukan
kondom bodoh) kelihatan terkesima seolah-olah seperti anak muda yang
dirasuk candu-candu kerinduan..dibenaknya tiada lain difikirkan
melainkan perihal dirinya itu sendiri yang masih belum lagi ketemukan
cinta hati beliau yang telah lama menghilangkan diri ke dimensi alam ke
6..beliau kelihatan laksana orang yang putus harapan dan putus
plasentanya...Puteri Anatomi Astana Modanoda itu telah mengambil
keputusan..ya..bukanlah keputusan peperiksaan yang sering diimpikan oleh
seorang pelajar sekolah..tetapi keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa
kebangkaan beliau dengan makhluk bernafsu lain..walhal sudah banyak
keringat dan kehangatan dari kecairan sisa-sisa misteri suci telah
salurkan dalam sebuah pergelutan sebuah imaginasi basi anak muda
terhadap Puteri Anatomi Astana Modanoda...Putera Norodom sedar bahawa
pada ketika itu beliau seperti virus-virus hodoh yang cuba berteduh
dalam sebuah fantasi bodoh lantas terperangkap dalam kelembutan kondom
gabungan dua jodoh..maka tatkala ini juga Norodom pasrah dan pasti
hatinya luka parah persis si jantan perkasa yang sengaja melanggar
perangkap lampu merah di pertengahan bulan kalendar merah..beliau akur
tetapi hatinya belum tersungkur..maka Norodom kembali insaf..keinsafan
yang mematikan semua imaginasi terlarang dan segala fantasi terbuang
jauh tanpa sebarang sauh..
Norodom masih mengingati di
saat beliau di alam misteri dulu..tiada siapa yang memahami dan mampu
merembeskan cairan nuklear kecil Norodom...namun Norodom tetap belum
lupa di saat dirinya terjebak dengan perangkap kasih sayang Anatomi
dulu, Norodom bukan sahaja tidak mampu mengawal semula kadar pencairan
peluh dalam dirinya, akan tetapi segala saraf-saraf kejantanan beliau
juga hampir tergugat dengan tarikan-tarikan misteri di malam hari yang
sering menghantui kelenjar peranakan Norodom..tapi setelah semuanya
berlalu, Norodom bukan sahaja merasakan beliau berada di tahap terbodoh
dalam hidup beliau malahan di waktu itulah Norodom merasakan dirinya
telah hanyut dalam sebuah kecairan embun-embun gerhana...
.Bukan mudah untuk menafikan sesuatu yang jelas di mata...apatah lagi
tatkala penafian bukanlah alasan terbaik untuk mengangkat darjat
pendirian..namun tekanan akibat daripada perasaan serba salah yang
mengamuk di plasenta, menyebabkan Norodom kembali meronta-ronta..benar,
bukan mudah untuk mendapatkan kembali sesuatu pemilikan yang menjadi hak
kepada seseorang yang lain di saat pergelutan emosi berjaya membunuh
fantasi...argghh..Norodom sekali lagi insaf..beliau sedar dirinya
bukanlah seekor nyamuk yang terlalu mengharapkan darah dari celahan saki
daki seorang manusia...kalau nyamuk sekalipun biarlah lebih bermaruah
dengan sekali hisap terus 9 bulan kenyang..."itu bodoh, kebodohan itu
bukan aku. Arghh sampai bila aku harus jadi seperti kondom bodoh yang
langsung tidak memberikan harapan kepada orang lain", bisik Norodom
dalam hati..Kalau ye pun aku tidak mendapat hak kepada apa yang
sepatutnya aku dapat, biarlah orang lain yang lebih layak untuk menjadi
pemilik kepada barang berharga yang tidak dapat tidak untuk aku
lepaskan", keluh Norodom sambil mengusap-mengusap bulu dadanya..Dan pada
ketika itulah juga secara tidak perasan Norodom sempat juga
mengorek-ngorek sisa-sisa daki lama di celah pusat beliau.
Dan kini, Norodom nekad untuk tidak lagi berpaling kepada kisah-kisah
lampau yang masih menghantuinya...datang dan pergi silih berganti itu
lumrah..Norodom kini bukan lagi penagih kepada sebuah fantasi tanpa
skrip yang sering berganti-ganti heroinnya..Norodom sedar, untuk kembali
kepada sebuah ketetapan realiti yang lebih menjaminkan kepuasan di
kemudian hari, ada sesuatu yang mesti dicari...dan untuk menjelmakan
semula hati-hati dari sang puteri, Norodom perlukan sesuatu yang mampu
menghasilkan bateri...untuk Norodom terus melepasi satu kesakitan, satu
ranjau, satu pengalaman ekspresi harga diri dan kekuatan mentaliti
Sekeping Kertas Bermaruah bernama Nur Ijazah, Diplomaria, Masterina dan
Ph.Diana..
Dedikasi tertinggi untuk seseorang yang
menzahirkan kesakitan-kesakitan lampau sebuah kerapuhan emosi seorang
anak muda bernama aku..
-Terjemahan semula dari salinan asal Hikayat Pelayaran Putera Norodom Puspa Jakel (bukan kondom bodoh) (1967)-
Terbitan Pte. Publishing Ltd., Woodland, Singapore. Mengikut catatan keterangan nota kaki hikayat ini, coretan dari Norodom ini dibuat apabila beliau mendapat ponter,poiter,pointer (penterjemahan ejaan sebenar masih dibuat kajian) 3.69 dalam ujian perguruan tahap pertama beliau di UIA (bukan nama sebenar).
sudah lama aku tidak mengarang..rasanya nk kembali menulissss

Comments
Post a Comment